Thursday, 5 April 2012

RANCANGAN PENGAJARAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5


Rancangan Pengajaran Harian
Unit 1
Tarikh/ Hari : 15 Feb  2012/ Selasa                                       Masa : 8.00 – 9.00 pagi
Kelas            : 5 Amanah                                                                         Bil. Pelajar : 28 orang
M/Pelajaran : Bahasa Melayu                                                                               
Tajuk                : Pengalaman di Sandakan
Objektif       :  Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat
                                                Kognitif
i)                     Bercerita  tentang pengalaman melawat ke tempat menarik
ii)                    Menyenaraikan secara lisan  empat  ayat  tunggal  yang terdapat dalam teks

Psikomotor

iii)                   Menulis empat  ayat tunggal  menggunakan perkataan yang diberi
iv)                  Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul

Afektif

v)                    Bekerjasama dalam kumpulan untuk menyenaraikan ayat tunggal dalam teks
Pengetahuan Sedia Ada :  Murid- murid pernah melawat ke beberapa tempat menarik
Konsep                       : Jenis Ayat
Bahan                                         : Kad perkataan, kad ayat, kad gambar, kad huruf (abjad), Petikan
Nilai                                           : Bekerjasama, bersyukur
Kemahiran                                 :
Mendengar dan bertutur        
 1.1 Aras 1(i)  Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau dibaca
Membaca
5.2 Aras 1(i)  Membaca lancar bahan sastera dan bukan sastera dengan intonasi yang betul.
Menulis
8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberi.
                               
Langkah/Masa
Isi pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Pembelajaran
Catatan


Aktiviti Guru
Aktiviti murid

Set Induksi
3 Minit
Lagu “ Cuti-cuti Malaysia”
Guru memainkan lagu “ Cuti-cuti Malaysia”
Murid-murid mendengar lagu yang dimainkan oleh guru.
Bahan : Video klip lagu “ Cuti-cuti Malaysia”
Langkah 1
3  Minit
Bercerita secara lisan
Guru memanggil beberapa orang murid yang mahu bercerita secara suka rela tentang pengalaman melawat ke tempat menarik
Beberapa orang murid bercerita tentang pengalaman mereka melawat ke tempat menarik
Kata bantu
-          Di mana
-          Bila
-          Dengan siapa
-          Perasaan
Strategi/teknik : penyoalan seluruh kelas dan individu
Langkah 2
10  minit
Membaca teks

Guru menyuruh murid-murid membaca teks catatan ‘Pengalaman di Sandakan ’ dengan intonasi yang betul.
Beberapa orang murid membaca teks dengan intonasi yang betul.
Guru membetulkan sebutan dan intonasi  murid semasa mereka membaca teks.
Langkah 3
4  minit
Bersoal jawab

Guru mengemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan teks yang dibaca.
Murid-murid menjawab  soalan yang ditanya guru.
Contoh soalan guru
1.        Apakah yang dijual di pasar pagi yang terletak di Jalan Pryer?
2.        Apakah dua destinasi pelancongan yang menarik di sana ?
3.        Kenapa makanan laut di situ sangat istimewa ?

Strategi/teknik : penyoalan secara kelas dan individu

Langkah 4
8 minit
Aktiviti
kumpulan
Guru menerangkan tentang ayat tunggal.
Guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan dan menyuruh murid –murid  mencari dan menyenaraikan empat  ayat tunggal  yang terdapat dalam teks.
Murid mendengar penerangan guru.

Murid mengariskan   empat  ayat tunggal  yang terdapat dalam teks secara berkumpulan.
Contoh ayat tunggal
1.        Kawasan pasar ini sungguh berbeza daripada keadaan pasar-pasar lain yang ada di negara kita.
2.        Makanan laut yang segar terdapat di sini.
Bahan : Kad ayat
Strategi/teknik : inkuiri dalam kumpulan
Langkah 5
8 minit
Membentang hasil kerja aktiviti kumpulan
Guru menyuruh wakil setiap kumpulan membacakan ayat tunggal  yang didapati daripada teks yang dibaca.
Murid membacakan ayat-ayat tunggal yang didapati oleh mereka dalam teks.

Langkah 6
10  Minit












Langkah 7
10 minit
Membina ayat tunggal  secara bertulis
Guru mempamerkan tiga keping kad perkataan di papan tulis dan meminta tiga orang murid membina ayat tunggal secara lisan.
Guru mengedarkan kad manila dan pen marker kepada murid-murid untuk menulis ayat tunggal mengikut kumpulan.

Guru menyuruh wakil setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja kumpulan masing-masing.

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid mengikut kumpulan..
Tiga orang murid membina ayat tunggal secara lisan.


Murid menulis  empat  ayat tunggal dalam kumpulan masing-masing menggunakan perkataan diberi guru.

Murid membuat pembetulan.



Murid menjawab lembaran kerja mengikut kumpulan
Perkataan yang diberi guru
-          Menarik
-          Melawat
-          Keindahan
-          Terkenal
-          Keistimewaan
Bahan : kad perkataan
             Pen marker
             Kad manila


Guru membetulkan kesalahan bahasa yang dilakukan oleh murid semasa membina ayat.



Guru memantau murid membina ayat tunggal dengan membetulkan kesalahan bahasa.
Strategi/teknik : bersoaljawab
berbincang
PenutuP
3 minit
Tekakata

Guru mempamerkan kad huruf  yang mengandungi nama tempat-tempat menarik di Malaysia dan menyuruh murid menyebutkan nama tempat itu.
Guru menekankan sikap bersyukur dan berbangga tentang keindahan negara ini.
Murid meneka nama tempat menarik tersebut.
Bahan pengajaran :Kad huruf (abjad)
Contoh kad abjad
iwakgnaL
Sdnalhgih  noremaC
akaleM
rokgnaP  ualuP
Refleksi :

No comments:

Post a Comment