SEKOLAH : SK PENGKALAN, LAHAT
TAJUK : SINGA YANG SOMBONG
Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan
Salam Sejahtera.
Terima kasih Pengerusi Majlis
Yang saya hormati para hakim, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.
Saya
akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “ Singa yang Sombong”.
Yang terlena, sedar-sedarkan.
Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.
Dalam
sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat
menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi
mangsanya.
Suatu
hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk
menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara.
“
Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama,
semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu
marilah kita sama-sama berfikir,
bagaimana hendak menewaskan singa itu.
“
Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain.
“
Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang
Kancil
Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba
menewaskan singa itu.”
Haiwan
lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan.
“Selain
saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar
kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.
“Oleh
kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita.” Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh
penghuni rimba itu.
Pada
keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan
antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu
tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun
terbang menghampiri Singa.
“
Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku.”
Kata Tebuan dengan berani.
“ Engkau nak berlawan
dengan aku?” Tanya Singa itu sambil ketawa.
“ Belum cuba, belum
tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan
kemalasanmu yang besar.” Jawab Tebuan penuh semangat.
“
Baiklah, kalau engkau berani, marilah.” Kata Singa.
Dengan
pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk
menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih.
Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan
pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat
Singa itu dari lubang hidungnya.
Singa
itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya
mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu.
Tidak
lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang
bersorak kegembiraan. Mereka menyanjung keberanian tebuan itu.
Ingat
kawan-kawan,
1. Orang
yang besar tidak semestinya kuat dan orang yang kecil tidak semestinya lemah.
2. Kita tidak boleh bersikap malas berusahalah
3. Kita
mesti berusaha jika ingin Berjaya
Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan....
kecik jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa... akal yang cerdik dan semangat
kental dapat mengalahkan kekuatan fizikal..
Sekian,
terima kasih.

latipah... boleh le... tgk... tambah apa yg kurang
ReplyDelete