Monday, 19 March 2012

Latihan Kata Nama

Tatabahasa : Kata Nama Am dan Khas 

Latihan 1

Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.


1.
Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo.
2.
Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang.
3.
Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar.
4.
Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika
 dia berusia tiga hari.
5.
Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak.
6.
Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali
 budak yang begar itu.
7.
Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan.
8.
Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup.
9.
Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil 
ciptaan Encik Suki.
10.
Mereka bersatu menghadapi serangan musuh.
11.
Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu.
12.
Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu.
13.
Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu.
14.
Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak.
15.
Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu.

Latihan 2

Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas 

di dalam jadual yang disediakan.

1.
Pegawai tentera itu mempunyai suara garau.
2.
Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu 
mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik.
3.
Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya.
4.
Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik.
5.
Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu.
6.
Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad.
7.
Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam.
8.
Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja.
9.
Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan
 ceramah masing-masing.
10.
Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya.
11.
Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua 
yang budiman itu.
12.
Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis.
13.
Tanaman ibu Aliah telah bertunas.

Kata Nama Am
Kata Nama Khas
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment